Thursday, 27 February 2014

GURU PENYAYANG




Program Guru Penyayang Sekolah Menengah Taman Desa telah melancarkan program ini pada 10 Februari 2014.

TUJUAN
1. Pelaksanaan  Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan 
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

KONSEP

2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan 
bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna  Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang 
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih 
sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa 
ceria, prihatin dan sabar. 

3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu 
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

4. Membudayakan amalan penyayang merupakan  sifat profesional guru dalam 
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat

OBJEKTIF

5. Objektif Guru Penyayang;

5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 

5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

AKTIVITI

6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru.  Ia 
akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. 
Bagi  fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti 
berikut;

6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid

6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee

6.3 Memberi penghargaan kepada murid