Wednesday, 12 March 2014

Latihan PRS

Pada 8 Februari 2014, kami telah mengadakan sejenis latihan yang melibatkan PRS tingkatan 2,3,4 dan 5.





                                                               Akak akak Form 5



                                                         Naib pengerusi PRS 2014



                                                              Ikrar PRS dijalankan.....











                                                 Dibahagikan kepada beberapa kumpulan







                                                                   Berbincang.........









                                                 Muka tak rela




                                               Seorang lelaki dan beberapa perempuan..........

\







                                             Tuan pengerusi........



                                       Bersama cikgu kaunselor, Cik Zainab

Tamat..............

DADAH

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua :)
apa khabar ? :)

hari ni , kita berkongsi ilmu yaaaa . DADAH ? apa itu DADAH ?
semua orang tahu DADAH MUSUH NEGARA . Tapi kenapa masih ada yang terjebak dengannya ?

Dadah atau dengan bahasa Inggerisnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

 Anda semua dah faham apa itu DADAH ? Jadi , mari lah kita sama sama JAUHI DADAH ..

SEJARAH PENUBUHAN PPDA SMK TAMAN DESA, RAWANG.

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAD pada tahun 2002 sehingga sekarang iaitu daripada awal sekolah ini dibuka.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.

Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru,pelajar atau penceramah undangan akan meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada awrga sekolah berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka bilik sumber PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di tingkat 3, blok C. Bilik sumber ini mempunyai keluasan 30 kaki X 80 kaki. Bilik ini asalnya adalah bengkel kejuruteraan. Namun telah diserahkan pada unit bimbingan dan kaunseling untuk dijadikan bilik sumber PPDa SMK Taman Desa. Bilik ini telah diubahsuai dan akhirnya telah berjaya dijadikan bilik sumber PPDa untuk kegunaan seluruh warga sekolah.

Berlandaskan kempen perangi dadah dan visi, misi PPDa Sekolah Bebas Dadah 2012, pihak pentadbir sekolah telah bangkit untuk mewujudkan sudut dan lorong PPDa bagi mendidik seluruh warga sekolah ini berkaitan bahaya dadah. Jawatankuasa khas telah diwujudkan dan perancangan yang lebih teliti telah diatur untuk menjayakan program PPDa diseluruh kawasan sekolah. Program-program ini berterusan hingga hari ini.

PRS

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

 Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang.

 Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

MATLAMAT
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :
1. membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2. membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
3. memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

FALSAFAH
“BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

VISI
Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

IKRAR
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar contoh
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. 
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. 
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS