Wednesday, 12 March 2014

PRS

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

 Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang.

 Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

MATLAMAT
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :
1. membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2. membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
3. memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

FALSAFAH
“BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

VISI
Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

IKRAR
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar contoh
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. 
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. 
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

No comments:

Post a Comment